faizsufi.com

Score Perniagaan,Score Pelajaran

Takut Result SPM?

Posted by faiz sufi 0 Comment

Well,untuk calon SPM tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan mendatang,korang mesti takut punya nak tunggu result keluar.

Relax la wei…tak payah takut. Walaupun aku tau yang korang seram sejuk je bila nak mendekati bulan Mac sebab pada bulan ni selalunya result keluar kat sekolah korang. Takut ? biasala tuh…

Fakta

-Ada pelajar yang bunuh diri akibat result SPM dia. Spm dia ok,tapi dia rasa macam gampang. So,dia pi bunuh diri. Erk!

-Yang jadi gila pun ramai gak time study kaw-kaw nak mampus sebulan sebelum exam SPM. Dapat SPM tak berapa best. Jadi gila terus. Hahahaha.

-Ada jugak yang mak bapak tak tau nak letak muka bila result  anak dia tak berapa bagus. Ini berlaku pada ibu bapa yang elit punya orang. Golongan bangsawan ker,korporat dan yang sama waktu dengannya. Ibu bapa lain rilek ajer. Tapi sesaper yang ibu bapa cikgu,kalau korang failed SPM memang malu beb.

-Lari dari rumah sebab SPM teruk. Takut ayah marah ? Alasan ajer tuh. Nak ikut jantan pergi mana-mana ajer asalkan jangan balik rumah. Kes macam ni banyak dah jadi…(^^)

TAKUT KEPUTUSAN

Takut SPM ?

Apa yang korang nak takutkan? Melainkan korang ni:

1-korang ni artis.

Result SPM kalau teruk memang malu beb,mana nak sorok muka dari peminat. Nak jawab dengan media lagi la,ngan kaum kerabat lagi la, dan macam-macam lagi.

p/s-kebiasaannya artis jawab begini apabila ditanya : alhamdullilah,semua LULUS.

2-korang ni fobia dengan huruf selain A ;

Wah,fobia pekebenda nya ? Konon-konon tak nak ada huruf B ,C or D dalam slip keputusan korang. Target semua straight A.  Kalau ada huruf selain A rasa macam nak bunuh diri ajer. Pergilah,tak da sapa nak larang.

3-anak Dato’,anak diraja,anak PM :

Ni satu lagi golongan yang takut result SPM. Takut kalau-kalau dapat SPM keputusan tak berapa elok. Nanti bapak marah sebab malukan dia. Yelah,time korang pergi dinner or sambut besday parti di banglo-banglo  besar jutawan-jutawan tu,mesti kena tanya punya.

p/s-Jawab macam artis di atas. Konpom selamat.

4-korang ni *&80-9H [tiada istilah yg sesuai] ;

Sebelum SPM result korang dalam peperiksaan ok ajer. Rasanya dah hafal dan khatam semua yang ada dalam buku teks tu. Tapi time exam sebenar tetibe plink! Plink! Rasa macam biol ajer. Rasa macam semua yang ada dalam kepalaotak tu hilang. Gelabah puyuh tak boleh jawab. Memang perlu korang takut.

5-pelajar harapan sekolah;

Puak-puak harapan sekolah ni yang aku rasa agak takut untuk terima result SPM masa bulan 3 nanti. Kenapa ? jap,nak bagitau yang pelajar harapan sekolah tu adalah golongan yang jenis mana –

-Setiap kali exam,dapat result gempak gila. No 1 ajer dalam kelas/tingkatan

-Straight A all the time

-Ketua Pelajar/Ketua Pengawas dan yang sama dengannya

-Budak nerd yang terkenal di sekolah

Geng-geng ni takut sebab kalau result SPM tak macam selalu yang dia dapat,malu beb. Status yang dia pegang tu buatkan dia jadi nervous.

p/s- Eh,macam mana bro leh tau ni ? aku salah seorang dalam golongan tuh.

Cukup la kot 5 jenis pelajar yang berdebar-debar tunggu keputusan SPM tuh. Yang lain macam mana pulak ? apa maksud korang nih ? Kumpulan yang lain ? Atau kumpulan yang buat bodo ajer + SPM pun taktau pekebenda ?

Mana ada der…semua pelajar yang pakai uniform sekolah pasti akan ada debaran nak tunggu result SPM. Tipu la kalau cakap tak takut..

relaks sudah. 11 A ja pun

relaks sudah. SPM ajer pun…hoho

Related Posts with Thumbnails
Categories: Motivasi, Umum

CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Teknik Simple Cari D

Entry kali ini saya akan menceritakan tentang rungutan seorang kawan ...

Selepas SPM,Mana Hal

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai ...

Kejayaan aL-Ikhsan

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam ...

Bonus Untuk Prepaid2

Prepaid2u.com melancarkan promosi untuk mendaftar sebarang keahlian bagi individu yang ...

Pelajar Suka Pow Tak

Gimik ajer title di atas tu. Untuk tarik perhatian pelajar-pelajar ...

Sponsors

  • Perniagaan Khusus Untuk Pelajar Sekolah. Download Percuma Di Sini
  • Koman-Koman RM800++ Sebulan Dengan Prepaid. Rahsia ini adalah percuma.Klik Sini.