Kini ramadhan tiba lagi. Membawa seribu erti dalam diri kita. Ada yang menanti-nantikan bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Kerana di dalam bulan inilah terdapatnya malam lailatulqadar di mana malam ini lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan ramadhan juga amalan kita akan berlipat ganda balasannya. Sembahyang sunat di bulan ramadhan bersamaan pahala 70 kali sembahyang fardhu. Tidakkah kita mahu merebut peluang ini?
Pada bulan ini juga mengajar kita erti keinsafan dalam diri masing-masing untuk memuhasabah kembali diri masing-masing. Pada bulan ini,mari kita menambah amalan diri untuk mempersiapkan diri di hadapan pengadilan yang Maha Kuasa kelak.
Dalam bulan ini juga,terdapatnya solat sunat terawih yang tiada ada dalam bulan yang lain. Lakukan ibadah sunat ini dengan khusyuk kerana fadhilatnya adalah cukup besar. Sembahyang pada tiap-tiap malam itu mempunyai kelebihan dan fadhilatnya yang tersendiri.Hidupkan qiammullail untuk menambah keberkatan dan rahmat Allah pada diri kita. Sekiranya sebelum ini,kita jarang untuk bangun menunaikan solat malam,ubahlah sikap untuk bulan ramadhan yang mulia ini.
Salam lebaran bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Walaupun baru berpuasa,tetapi lagu raya berdendangan kedengaran di corong-corong radio dan juga di pusat membeli-belah. Walaupun masih awal,tetapi suasana untuk menyambut hari raya sudah terasa bahangnya. Para suri rumah mungkin sudah mencongak-congak mahu mendekorasi rumah dengan tema raya pilihan masing-masing tahun ini. Anak-anak gadis mungkin juga sudah menempah baju raya untuk 1 syawal nanti.
Sempena bulan yang mulia ini,marilah kita bermaaf-maafan di antara kita dan melupakan salah silap masa lalu. Eratkan silaturahim,hulurkan tangan dan disusuli dengan kemaafan untuk menambah ukhwah dalam perhubungan kita.
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak untuk pembaca faizsufi.com.
Ingin menghias wall computer anda dengan theme bulan ramadhan? Mari download secara percuma.
Download wallpaper bulan ramadhan di sini.Credit to http://blog.balootisme.com












Selamat berpuasa jugak buat Faiz Sufi. Terima kasih link-kan ke Baloot’s Blog tu.