faizsufi.com

Score Perniagaan,Score Pelajaran

Dalam entry yang lepas,saya ada menyatakan sebab musabab mengapa saya tak menggunakan buku rujukan. Anda boleh baca semula di sini. Walaupun begitu,masih ada pelajar yang mahu menggunakan  buku-buku rujukan sebagai bahan tambahan untuk pembelajaran mereka.

buku rujukan tak perlu beli

Akan tetapi,saya menasihatkan anda agar tidak beli buku baru. Kerana harga buku rujukan agak mahal di pasaran. Seperti saya yang berasal dari keluarga susah,saya tak tergamak untuk membebankan ibu bapa untuk belikan saya buku.

Senarai tips-tips untuk anda yang dapat duit dari ibu untuk beli buku,tapi anda nak take profit in dari duit tu a.k.a nak guna sendiri untuk beli hanset. Hehe…Katakan 12 jenis buku rujukan,bayangkan jika satu buku harganya RM20. Kalau 12 dah RM240 dah. RM240 tu dah boleh buat modal untuk perniagaan pelajar sekolah dah tu.

1-Buat Pinjaman

Setiap sekolah mesti ada perpustakaan kan? Dan di perpustakaan pula ada macam-macam spesies buku dalam tu. Pilih jer yang mana berkenan,yang mana cantik. Yang timbang kilo pun ada. Janji anda ada kemahuan untuk meminjam dan belajar. Itupun jika rajin la.

Seeloknya,anda berjumpa dengan guru perpustakaan dan berbincang dengannya untuk meminjam 12 jenis buku rujukan sekaligus dalam masa satu tahun. Saya yakin anda boleh pinjam punya,sebab anda adalah orang pertama. Saya berani kerat jari potong kuku,mana ada pelajar yang buat pinjaman buku rujukan. Buku novel memang belambak-lambak.

2- Pungut dan kutip

Jika bayi pun ada orang sanggup buang,apatah lagi sebuah buku rujukan. Apa kena mengena analogi di atas dengan tajuk perbahasan ini? Begini wahai rakanku..

Semasa hujung tahun penggal persekolahan, Form 5 akan menghadapi SPM dan yang tinggal hanyalah puak-puak ni samada di asrama atau berualang alik dari sekolah jika sekolah harian. Dan Form 4 sudah blah awal-awal lagi dari sekolah pada hari terakhir persekolahan.

Jika anda faham maksud saya,baguslah. Begini,pada hujung tahun,pelajar-pelajar di Malaysia akan meninggalkan buku bersepah-sepah di dalam kelas. Tak kira la sama buku rujukan ke,buku nota ke,latihan ke dan segala macam lagi buku. Inilah peluang anda untuk pergi semula ke sekolah dalam masa 3 hari selepas sekolah di tutup. Kenapa? Takut cleaner ambil buang ler.

Kalau anda Form 2, mesti nak buku rujukan untuk PMR kan? Selepas habis PMR tu,pergi berjumpa dengan senior anda tu dan cakap bahawa awak nak buku rujukan mereka. Pasti beri punya. Kalau tak bagi,kedekut sangat la tuh.

3-Sekolah jauh la..

Apa? Anda bersekolah di Johor,tapi rumah di Terengganu. Jadi macam mana nak pergi ambil di sekolah pada hujung tahun? Err…di kampong awak takder sekolah menengah ker. Pergi aje la ke sekolah harian di sekolah menengah awak tu. Cari di situ. Minta untuk masuk ke dalam halaman sekolah dari pak guard.

“Hello faiz,buku teks di Johor mana nak sama dengan buku teks di Terengganu!!”

Buku teks memang tak sama,tapi silibus sama,dan buku rujukan adalah sama sahaja di seluruh Malaysia sebab ianya buku rujukan. Percayalah,syarikat Sasbadi tak akan buat buku rujukan ikut negeri. Syarikat A tak akan buat buku rujukan hanya untuk pelajar sekolah agama sahaja,sebaliknya untuk seluruh sekolah-sekolah di Malaysia.

4-Apa guna tukang kebun dan mak cik cleaner

Gunakan khidmat tukang kebun dan mak cik cleaner di sekolah. Beritahu kepada mereka bahawa sekiranya terdapat buku rujukan yang dibuang atau ditinggalkan dengan begitu sahaja,minta tolong simpankan untuk anda. Nanti anda nak ambil.

Saya tak kenal la makcik-makcik tu.Tukang kebun lagi la jauh panggang dari api. Hmm…kan saya dah beritahu di “Kepentingan Jaringan Networking 1 dan 2 “

5- Senior-senior sekolah

Sebelum senior sekolah tu tamat persekolahan,apa guna anda kena buli dengan mereka. Jika anda pelajar asrama,pasti anda akan kena buli sedikit dengan pelajar senior. Standard la tuh. Tapi dari buli-buli kecil tu la yang akan mengakrabkan hubungan pelajar-pelajar di asrama antara pelajar senior dan junior. Tak percaya? Memang la anda tak percaya sebab anda tak kena buli..hoho

Ketika hujung penggal persekolahan,minta ajer dari senior-senior. “mereka tak bagi la” Hmmmm..nampak sangat anda malas nak berusaha. Takkanlah sekolah awak ada 10 hingga 20 orang ajer. Saya anggarkan satu tingkatan sekurang-kurangnya mesti ada 80 orang ke atas. Dalam 80 orang tu,takkanlah tiada langsung :

1-Anak tunggal

2-Anak bongsu

3-Nak pindah sekolah

Mereka-mereka ini berpotensi untuk memberi buku rujukan pada anda. Find right people at the right time.

Jika kesemua tips di atas tak berjaya juga untuk anda dapatkan buku rujukan secara free.. Cara di bawah akan kena guna duit sikit la. Tapi sekurang-kurangnya,harganya jauh lebih murah dari harga pasaran.

1-Photostat buku rujukan sedia ada. Harganya jauh lebih murah dari membeli sebuah buku. Tapi kekurangannya adalah anda dapat hitam putih ajer la.

2- Beli second hand. Minta dari seniors untuk beli buku rujukan yang dia dah gunakan. Tapi anda dapat buku yang dah diconteng-conteng la.

3-Tak payah beli la. Guna buku teks cukup..

Ingat,nasihat dalam blog ini adalah nasihat tidak professional untuk anda semua. Apa yang saya buat, dan lakukan di masa lalu adalah kena pada masa itu sahaja. Jika anda ada tips-tips yang lebih advance,apa kata berkongsi di sini..(^_^). Semoga bermanfaat.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Motivasi, Umum

3 Responses so far.

  1. Ana says:

    Tp ada jgk cikgu yg paksa beli. Menyampah =.=

  2. faiz sufi says:

    hmm….betul. Ada juga cikgu yang sebegitu…tapi ada cara lagi untuk dapat buku yg sama,tapi harga murah. Tapi kena korbankan gambar berwarna dalam tu ler…
    Kita baca hitam putih ajer…caranya -pinjam buku kawan yg kena beli tu,kita pergi photostat di kedai…Ok?

    Kalau cikgu tanya,buat b0.d0 jer….hehe

  3. Hairul says:

    Buku tu aset dan rujukan untuk akan datang. Tak rugi beli


CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Teknik Simple Cari D

Entry kali ini saya akan menceritakan tentang rungutan seorang kawan ...

Selepas SPM,Mana Hal

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai ...

Kejayaan aL-Ikhsan

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam ...

Bonus Untuk Prepaid2

Prepaid2u.com melancarkan promosi untuk mendaftar sebarang keahlian bagi individu yang ...

Pelajar Suka Pow Tak

Gimik ajer title di atas tu. Untuk tarik perhatian pelajar-pelajar ...

Sponsors

  • Perniagaan Khusus Untuk Pelajar Sekolah. Download Percuma Di Sini
  • Koman-Koman RM800++ Sebulan Dengan Prepaid. Rahsia ini adalah percuma.Klik Sini.