faizsufi.com

Score Perniagaan,Score Pelajaran

Gimik ajer title di atas tu. Untuk tarik perhatian pelajar-pelajar yang tak ada kerja sekolah yang nak disiapkan untuk baca post terbaru saya ni….hoho.

Kerja sekolah dah siap ker belum? Mesti tak siap lagi…buat kerja atau baca buku 30 minit,kemudian nak relax 5 minit dengan main facebook. Last-last,sampai 3 jam…standard la tuh.

Ok,tak nak cakap banyak,artikel ni khusus untuk pelajar asrama ajer. Pelajar sekolah harian,nak baca boleh sekadar menambah pengetahuan tak rasmi ajer.

Pelajar sekolah asrama adalah sangat beruntung  kerana kena bayar duit untuk makan sebanyak dua kali. Pertama,duit yuran makan + penginapan asrama dan kedua kena bayar lagi kat kantin untuk makan pada waktu rehat pada hari persekolahan. Betul tak? Untung ke rugi ? Fikirla sendiri…

Setiap hari persekolahan,pasti para pelajar akan pergi ke kantin untuk makan pada waktu rehat. Koman-koman pasti RM3 dah dihabiskan untuk melantak. Hoho…tahukah anda bahawa saya juga seperti itu ketika sekolah dahulu…err,sewaktu menengah rendah la. Semasa Form 4 dan Form 5 saya ada cara untuk tidak makan di kantin.

Mesti anda ingat saya poww duit junior kan?

*******

FORM 4…kisahnya begini..

Riiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnn…Riiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnggggggggggggggggg…bunyi loceng berbunyi menandakan masuknya waktu rehat untuk pelajar menengah atas berehat dan untuk kawasan yang sama waktu dengannya. Aku tidak ke kantin pada hari ni. Dan hari ni merupakan hari kebiasaan seperti hari-hari yang lepas. Tidak makan di kanting sekolah.Cukup dengan sekadar meneguk air water cooler isian semula dalam botol 100Plus ajer.

Perutku berbunyi minta diisi,tetapi hati berkata tidak lapar,tetapi tidak kenyang.Sarapan nasi lemak pagi tadi sudah cukup untukku.Nafsu untuk makan tu ada,tapi kutahankan aja.Lantas,kaki ini bergegas ke library sekolah untuk membaca suratkhabar Harian Metro. Mungkin ada peluang kerjaya yang best.

*******

mee goreng kena pow

Hari seterusnya..

Menu sarapan pagi ni cuma mee goreng,telur rebus dan air teh. Seperti hari sebelumnya,aku mengambil diet pagi ni dengan melantak dua pinggan setengah. Moga-moga dapat bertahan hingga tengah hari nanti. Selepas makan,bersiap-siap untuk sekolah. Belajar seperti biasa hingga jam menunjukkan pukul 10.30

Time rehat dan dalam masa 5 minit,loceng akan berbunyi menandakan masuknya waktu afdal untuk pelajar dan rakan-rakanku menjamah di kantin. Tekaanku tepat sekali. Loceng berbunyi dan pelajar berpusu-pusu ke kantin.

Seperti biasa,aku tidak kenyang tetapi tidak pula lapar. Melangkah dengan gaya macho ke pusat computer sekolah. Di sana,surf internet dan tercari-cari lirik lagu. Dah jumpa,bingo! Aku teringin untuk memprint lirik lagu tu. Tetapi silap tekan. Habis satu rim kertas A4 tercetak dengan lagu Cradle of Filth.Kena marah ngan cikgu…huhu.

Nampaknya,mee goreng dua pinggan pagi tadi masih bertahan dan bersisa di dalam perutku. Kelaparan masih tidak terasa. Still ok dan balik semula ke kelas. Meneruskan pembelajaran hingga tamat waktu persekolahan.

*****

Hari Khamis …

Pagi tadi,sebelum subuh sudahku bangun untuk bersahur. Berbekalkan nasi lemak jualan semalam + mee magi sebungkus sudah cukup untukku bersahur. Puasa sunat amat digalakkan sekali di sekolahku. Seteguk air memang tak cukup untuk berpuasa. Lantas sebotol air minuman 500mL itu habis licin dilanggah.

Azan berkumandang. Selesai sudah puasa sunatku pada hari ni. Berbuka dengan menu sup daging dan ikan kembung sambal + sayur kangkung sudah cukup menyelerakan. Pergi ke surau untuk menunaikan jemaah maghrib.

====================================================================================

Cara semasa Form 4

1-Jika breakfast dengan sarapan berat seperti nasi lemak,maka saya tak makan dah di kantin pada ketika time rehat,sebab dah tak terasa lapar.

2-Makan dua pinggan ketika sarapan di Dewan Makan asrama pada ketika waktu nak pergi sekolah pasti anda boleh bertahan hingga makan tengahari di Dewan Makan.

3-Pada hari Isnin dan Khamis,puasa sunat boleh menjimatkan wang saku anda di samping pahala yang diperolehi.

====================================================================================

FORM 5…kisahnya lain pula

Bekal itu kubuka. Lalu dengan tidak sabar-sabar,zaassss..tangan rakanku menyambar sandwich yang aku bawa itu. Hampeh tol kawan macam tu…huhu…last-last dari 15 keping,aku sempat menjamah 2 keping ajer…huhu. Yang lain semuanya menjadi habuan kawan yang lain.

Makan ramai-ramai,sampah buang sorang-sorang. Standard la tu. Memang sakit hati,tapi apa boleh buat. Demi kawan,digagahi juga untuk membersihkan kawasan yang kotor akibat tindakan berebut-rebut makanan tadi. Hishhh…dah la aku bawa,kena pow,pastu cuci pun aku juga. Geram betul!

kena pow sampai mati

kena pow time rehat (^_^)

Next Day…

Makan nasi goreng. Sedap + Kenyang. Tupperware itu kubuka. Saiznya memang besar.Cukup untuk 4 orang makan. Pelajar junior yang sedang makan usha pelik ajer. Apa la yang abang ni buat yer?Ahh…pedulikan. Aku mencedok nasi yang masih berbaki di dalam besen tu ke dalam Tupperware. Penuh. Lalu di bawa ke sekolah.

Waktu rehat tu,nasi goreng menjadi tea break aku. Bersama dengan beberapa rakan,kami mengalas perut dengan nasi goreng pagi tadi. Dan seperti biasa,aku la tukang basuh bekas,tukang sapu,tukang cuci,tukang bawa balik bekas.

Cuci bekas di toilet,pelajar lain semua usha pelik ajer.Nasib baik aku Form 5. Kalau Form 1 mesti kena gelak punya.

Hari Isnin…

Puasa sunat memang ku tidak tinggalkan. Setelah bersahur,aku datang ke sekolah. Hmmm…kalau dah pemalas tu memang pemalas la.

A-Faiz,hang tak bawa bekal dari asrama ke pagi ni?

Aku-Awat aku pulak nak kena bawa?

B- Hang kan selalu ambil? Kenapa hari ni tak ambil pula?

Aku-Hari ni aku puasa. Malas nak ambil

A,B,C-Lain kali kalau nak puasa bagitahu le.

Aku-Eh,apasal pulak nak bagitahu korang?

C-Sebab tak perlu la nak tunggu bekal yang hang bawa. Baik kami pergi makan di kantin ajer.

Aku- Ewah-ewah…bawa Tupperware taknak. Makan nak! Kontrol macho konon. Malu la,segan la…time rehat  tak segan lak pow aku!!

Kawan kawan jugak,sound direct jer. Bagi paham sikit. Yang diaorang tahu makan. Bawa,bersihkan tidak. Kata mereka malu nak bawa Tupperware. Tak pernah dibuat dek orang. Malu dan nak control macho depan awek. Kerek giler…hahhaha..

Minggu depan…

Pelajar perempuan kelasku mengikut jejak langkah ku. Bermula dengan seorang,akhirnya berjangkit ke seorang lagi. Sama seperti kami puak-puak lelaki,pelajar perempuan pun makan kongsi bekal yang di bawa dari asrama. Sarapan waktu pagi tu.Yang lelaki masih di takuk lama. Aku bawa,aku la basuh dan aku la bawa pulang bekas tu.

Bulan depan…

Junior-junior yang usha pelik hari tu pun pakat-pakat ikut langkah tak rasmi aku. Bermula dengan Form 3 kemudian pakat ikut habis sampai la Form 1. Berani sungguh korang yer. Hehehe…Pada ketika itu,SPM pun makin hamper,jadi tak ambil kisah sangat dengan tindakan junior ni. Yelah,kacau periuk nasi aku jer..

====================================================================================

Itulah kisah saya ketika di sekolah dulu. Bagaimana saya makan free  ketika di waktu rehat. Caranya adalah anda bawa bekal sarapan pagi di Dewan Makan asrama ke kelas. Di kelas makan la bekal tu. Jimat tak?

Selain itu,kalau dah bawa bekas Tupperware,jangan lupa untuk makan lak. Sebab banyak kali juga terjadi pada saya kerana terlupa untuk makan bekalan. Ye lah,sebab dah biasa ke library,makmal dan bilik guru time rehat. Terlupa nak makan. Huhuhu….

Kalau bebal dengan rakan yang kaki pow tu,sound direct ajer. Dan lagi satu,kalau dah makan jangan tinggalkan bekas makanan anda tu tak berbasuh. Kalau boleh Mesti basuh selepas habis makan. Mengapa? Takut terlupa untuk bawa pulang,nanti akan menjadi busuk dan dihurung oleh semut pulak.

Syarat untuk buat teknik ini :

1-Jangan rasa malu untuk buat sesuatu yang memberi kepentingan pada kita

2-Jangan sakit hati pada rakan yang makan nak,bayar tak mau.

3-Usah peduli apa orang nak kata,janji kita kenyang dan jimat duit. Makna lain..buat bodo jer.

4-Cikgu tarak tanya punya. Kalau ada cikgu tanya,saya rasa sekolah anda adalah Henry Gurney..sekolah saya cikgu tak tanya pun samada boleh bawa bekal atau tidak.

5-Pastikan anda ambil makanan di DM pada waktu paling last sekali. Bukan apa,takut ada pelajar lain yang masih belum makan lagi. Last pun jangan la sampai terlewat masuk kelas yer.

6-Kalau pelajar lain tiru teknik ni,maka anda telah berjaya mengajar satu ilmu yang akan menjadi legasi di sekolah anda.Biarlah junior-junior yang akan datang tidak tahu bahawa anda pelopor kepada skill ni,tetapi saya yakin ilmu yang berguna ni pasti akan mendapat balasan yang baik.

Suka artikel ni? Share la ngan kawan-kawan yang lain..especially yang suka pow anda tu. (^_^)

Related Posts with Thumbnails
Categories: Motivasi, Personal

4 Responses so far.

  1. Ana says:

    Jd sy skola harian x boleh bca la? Grrrr hoho

    *geram jgak klau ada yg nak pow makanan kita
    Ana recently posted..Sekolah mengajar kita untuk menjawab soalan

  2. faiz sufi says:

    hahaha….boleh ajer baca. Tak salah pun…

    p/s-standard la tu kena pow time nak makan….hoho

  3. yun says:

    haha…selalu buat time kat mrsm dulu…tapi makcik DS selalu membebel kitorang amik…padahal yang berlambak2 tak habis setiap hari tu dia bagi longkang makan…
    yun recently posted..I LOVE GIMP 26!!

  4. faiz sufi says:

    hmmmmm…perkara yg sama juga la jadi kat saya. (^^)…mak cik DS marah sebab kita ambil lebih,padahal tak habis cukup banyak.. Ambik banyak-banyak pun kena pow ngan kawan-kawan kat kelas pulak…huhu


CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Teknik Simple Cari D

Entry kali ini saya akan menceritakan tentang rungutan seorang kawan ...

Kejayaan aL-Ikhsan

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam ...

Selepas SPM,Mana Hal

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai ...

Bonus Untuk Prepaid2

Prepaid2u.com melancarkan promosi untuk mendaftar sebarang keahlian bagi individu yang ...

Pendidikan Seks Di S

Ura-ura menyatakan bahawa pendidikan seks akan diajar di sekolah. Mungkin ...

Sponsors

  • Perniagaan Khusus Untuk Pelajar Sekolah. Download Percuma Di Sini
  • Koman-Koman RM800++ Sebulan Dengan Prepaid. Rahsia ini adalah percuma.Klik Sini.
  • Website and logo design contests at DesignContest.net.