faizsufi.com

Score Perniagaan,Score Pelajaran

Definisi buku rujukan mengikut akal fikiran saya tanpa merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah ; sebuah buku sampingan yang tebal,mempunyai pelbagai maklumat tambahan,contoh-contoh permasalahan dan teknik-teknik pembelajaran yang tiada di dalam buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Malaysia (KBSM ).bukuteks tak perlu

Prolog

Dan semasa saya bersekolah dahulu kala di zaman purbakala, ramai rakan seperjuangan yang membeli buku rujukan untuk kegunaan sendiri samada membuat latihan mahupun memantapkan pemahaman masing-masing dalam sesuatu subjek. Ada yang ada satu atau dua sahaja buku,ada juga rakan saya yang memiliki lima enam jenis spesis buku rujukan. Psssttt…sekolah saya ambil 12 subjek dan ada kawan saya yang memiliki lebih 12 buku rujukan. Gempak kan? Anda pula bagaimana,ada berapa spesies buku rujukan milik anda?

*****

Mengapa anda membeli buku rujukan?

Persoalan itu saya tujukan kepada anda selaku seorang pelajar. Soalan ni tak boleh ditanya pada ibu bapa kerana mesti anda yang minta untuk dibelikan buku rujukan kan? Jadi mereka belilah untuk kegunaan anda agar anda menjadi setanding dengan pelajar cemerlang lain. Berbalik kepada soalan diatas, mengapa anda mahu membeli buku rujukan?


Kisah saya..


Sepanjang persekolahan saya,dari darjah Satu hingga Tingkatan 5,saya hanya membeli memiliki beberapa buku rujukan sahaja. Bukan atas kemahuan saya sendiri tapi :

1-Mak saya belikan,padahal saya tak nak pun.

2-Guru wajibkan beli buku latihan yg dia sugest sebab dia guna dalam P&P..bukan buku rujukan kan?

3-Buku rujukan tu ditinggalkan atas meja saya oleh rakan,dan saya guna 2 hari ajer..

Mengapa saya tidak membeli buku rujukan untuk kegunaan sendiri?

buku rujukan tak penting

Buku teks KBSM

Soalan peperiksaan STPM,SPM,PMR dan UPSR digubal mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan panel penggubal soalan merangka soalan mengikut silibus yang ada di buku teks KBSM. Atau bahasa mudahnya diorang buat soalan ikut buku teks ler..bukan merujuk buku rujukan tambahan. Pointnya di sini adalah,buku rujukan bukan sumber pertama untuk digubal soalan.

Jadi buku teks adalah sumber rujukan saya yang pertama. Siang malam saya kelebek buku Biology,Sejarah,Pengajian Al-Quran Sunnah,dan Pendidikan Syariah Islamiah [subjek nak kena hafal] sampai lumat. Buku Biology tu sampai lembik terus saya kerjakan. Hoho..saya dapat buku baru sebab saya adalah kumpulan apprentis pengajian Matematik dan Sains dalam English (^_^)..

Manakala buku teks subjek pengiraan seperti Matematik Tambahan,Matematik Modern serta Fizik penuh dengan formula,jalan pengiraan dan lukisan-lukisan rajah dalam buku tuh..haha..Minta maaf yer pada junior yang dapat buku tu. Saya beri jalan pengiraan kat awak siap-siap..hoho.

Guru Berdedikasi

Adakah guru di sekolah anda kanibal? Dia makan orang ker? Tentu tidak bukan..dan saya juga meluat dengar ayat begitu ‘Saya tak makan orang pun,tak payah takut’ entah mengapa,quotes ini buat saya tergelak sendiri. Sebagai seorang pelajar,saya pun faham mengapa kita tak mahu jumpa dengan guru untuk bertanya soalan. Sebab apa ya…ermm,entah,tapi ada sesuatu yang buatkan kita malas nak pergi bertanya guru. Adakah anda sama seperti saya ? hoho..

Sebenarnya bukan saya tak pernah menjenguk muka di bilik guru,ada la sekali dua. Dan ada la sekali dua saya buat-buat rajin pergi tanya..hehe. Sebab apa yang guru tu ajar dalam kelas,dapat saya fahami dan saya belajar semula di asrama. Hasilnya saya faham sendiri dan bila dah faham,buat apa nak pergi bertanya guru lagi?

Betapa suasana ini berbeza dengan universitiku sekarang. Di university,anda kena cari lecturer,bukan lecturer cari anda..

Pernyataan mudahnya adalah,saya sudah faham dengan pembelajaran di dalam kelas,maka buat apa saya perlukan buku rujukan lagi?

Tuisyen oh tuisyen

Tidak cukupkah dengan kelas-kelas tuisyen pagi malam, malam pagi yang anda hadiri? Jika pelajar asrama,tidak cukupah dengan kelas-kelas komprehensif yang anda terpaksa untuk hadiri? Maksud saya di sini,jika anda menghadiri kelas tuisyen siang malam,adakah anda masih memerlukan buku rujukan? Semasa di asrama dahulu,saya rela dalam terpaksa untuk menghadiri kelas tambahan aka kelas tuisyen sebagai persiapan menghadapi SPM.Saya memang malas nak pergi disebabkan saya nak tidur time waktu petang tu,tapi terpaksa juga pergi sebab wajib..(-_-”)

Kelas-kelas tuisyen yang dijalankan saban hari membuatkan saya rasa buku rujukan tidak perlu dicapai oleh tangan saya ketika shopping di kedai buku. Baik saya beli Kreko ker,Gempak ker,One Piece ker..ahakz. tetapi selalunya kelas tuisyen dibuat dekat-dekat nak hujung tahun. So,mengapa tak guna buku rujukan di awal tahun? Sebab saya memang tak nak guna buku rujukan sebab :

1-berat la..tak larat bawa.

2- tebal. Buku tebal buatkan saya malas baca.

3- saya tak rajin nak menelaah. Buku teks pun tak habis baca,nak tambah buku pulak.hoho

Jangan baca alasan ni

Saya tiada buku rujukan kerana saya bukan budak nerd. Saya memang malas untuk study. Dan saya yakin dengan kebolehan diri saya untuk belajar hanya dengan kaedah yang telah digariskan dan saya yakin dengan Yang Maha Mengetahui..saya tidak menempelak pelajar yang memiliki dan mahu menggunakan buku rujukan di sekolah, malah saya menggalakkan anda atas tujuan untuk kefahaman anda.

Saya juga berasal dari keluarga yang susah dan buku rujukan bukan keperluan utama untuk saya bebankan ibu bapa saya.Saya berusaha hanya dengan apa yang ada sahaja. Saya tidak mahu membebankan ibu bapa saya daripada membelikan sesuatu yang tidak penting bagi saya. Bagi anda,mungkin ianya penting.

p/s-artikel ini akan bersambung dengan cara-cara nak dapatkan buku rujukan pada harga terendah dari pasaran

p/s-kalau nak buku rujukan free pun boleh juga,nantikan artikel seterusnya..

Related Posts with Thumbnails
Categories: Motivasi

2 Responses so far.

  1. aina says:

    Menarik post ni.. teringat waktu sekolah menengah rendah dulu.. Ada buku rujukan sejarah je sebab subjek lain rasa macam tak susah sangat nak ingat fakta2nya :-) perbezaan buku rujukan dan buku teks ni mungkin lebih kepada penyusunan maklumat dan ilustrasi yang biasanya lebih menarik dan memudahkan pelajar mengulangkaji.

  2. aina says:

    Buat adik2 yang mak ayah dah belikan buku rujukan tu.. Sebaiknya manfaatkan seoptimum mungkin ye..


CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Teknik Simple Cari D

Entry kali ini saya akan menceritakan tentang rungutan seorang kawan ...

Selepas SPM,Mana Hal

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai ...

Kejayaan aL-Ikhsan

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam ...

Bonus Untuk Prepaid2

Prepaid2u.com melancarkan promosi untuk mendaftar sebarang keahlian bagi individu yang ...

Pelajar Suka Pow Tak

Gimik ajer title di atas tu. Untuk tarik perhatian pelajar-pelajar ...

Sponsors

  • Perniagaan Khusus Untuk Pelajar Sekolah. Download Percuma Di Sini
  • Koman-Koman RM800++ Sebulan Dengan Prepaid. Rahsia ini adalah percuma.Klik Sini.