faizsufi.com

Score Perniagaan,Score Pelajaran

Perniagaan RM 1

Posted by faiz sufi 2 Comments

Masa kini,ramai membincangkan tentang perniagaan internet di mana pihak kerajaan pun menggalakkan rakyat supaya memanfaatkan internet sebagai medium untuk menggandakan pendapatan.

Perniagaan lazimnya memerlukan kos yang tinggi di samping beberapa factor lain yang menyebabkan niat murni individu yang mahu menceburkan diri  dalam bidang ini lenyap begitu sahaja. Jika anda seorang pembaca blog tegar,maka pasti ada perbincangan tentang perniagaan internet sama ada memerlukan kos atau kita boleh bermula dengan zero kos.

ibu duit

Jika zero kos,saya sama sekali tidak mempercayainya dan 100% akan berkata bahawa ia adalah tipu semata-mata. Tiada perniagaan yang zero kos di dunia ini. At least memerlukan modal RM 1. Tidak percaya? Baca selanjutnya..

Di sini,saya bukan mahu membincangkan tentang kos perniagaan,tetapi ingin berkongsi dengan anda bahawa,semasa masih bersekolah dahulu,saya mampu menjana RM 40 semalaman hanya dengan modal RM 1 pada hari permulaan dan seterusnya hanya RM0.20 sen sahaja  pada hari-hari berikutnya.

Jika anda tidak percaya,itu terpulang pada kehendak anda sendiri sama ada untuk mengiyakan mahupun untuk menafikan. Bagaimanakah caranya?

~Kembali ke tahun 2006~

Hari sabtu. Ada outing. RM 0.50 untuk tambang bas ke pekan yang terdekat. Saya  membayar RM 0.50 untuk tambang bas. Di sana,saya merayau-rayau mencari pembekal yang akan memberi saya produk untuk diniagakan.Sudah seminggu perancangan ini berlegar-legar di kotak fikiran. Setelah deal dengan kedai-kedai makan yang menyediakan nasi lemak,maka saya telah bersetuju untuk ikat kontrak dengan seorang pembekal di mana dia dapat memenuhi permintaan saya walau sebanyak mana pun kuantitinya.

No telefon di ambil,tempahan dibuat sebanyak 100 unit dan saya terus pulang ke asrama. Bayar RM 0.50 lagi untung tambang pulang ke asrama. Jumlah keseluruhan modal  adalah RM1.00. Pada waktu malam selepas habis study hours,saya mengambil produk saya untuk diniagakan. 100 unit nasi lemak habis licin dalam masa kurang 20 minit.

Setiap bungkus,saya deal dengan PakCik Amran [supplier saya] saya membeli pada harga RM0.40 disebabkan beli borong. Jualan pula adalah RM 0.50 seunit. Untung RM0.10 Pada malam itu untung adalah RM 10. Bayar gaji rakan yang membantu saya sebanyak RM 3. Duit tambang bas siang tadi RM 1. Makan sendiri bersama rakan 4 bungkus.Jumlah untung bersih adalah RM 4 sahaja. Suatu jumlah yang sikit bukan?

Untuk hari first, saya berpuas hati disebabkan sambutan yang menggalakkan dan sangat laris. Minggu ke tiga saya menggandakan tempahan sehingga 600 unit. Modalnya? RM 0.20 sen untuk public phone di asrama. Call Pakcik Amran untuk memberitahu tentang jumlah tempahan yang dikehendaki. Untuk 600 unit ini agak ngam-ngam habis. Maknanya ada hari yang sapu bersih,dan ada hari yang berlebihan 20 hingga 30 bungkus. Rugi? Pernah rugi sekali di mana tidak habis jualan sebanyak 130 unit. Tetapi risiko perniagaan ini adalah 5% sahaja. 600 unit bersamaan RM60 untung kasar. Setelah ditolak gaji pekerja,makan sendiri dan kos lain,jumlah untung bersih adalah RM40 semalaman.

Itu untuk asrama lelaki sahaja. Setelah 1 bulan setengah,saya melebarkan sayap ke asrama perempuan pula. Tempahan 1000 unit dibuat dan seperti biasa,ianya seperti goreng pisang panas.RM100 semalaman!! Hal ini berterusan sehingga bulan 7 tahun 2007. Saya berhenti disebabkan SPM.

~tamat imbas kembali~

Itu adalah perniagaan yang saya lakukan ketika di asrama dahulu. Hanya dengan bermodalkan RM1 saya mampu memperoleh pendapatan yang masyuk. Jika pembaca berasa sangsi,itu terpulang tapi saya berani cabar anda untuk bertanyakan rakan-rakan sekolah saya dahulu sama ada saya ini temberang mahupun tidak. Add saya di facebook [klik sini ]dan lihat friends saya yang sama sekolah dengan saya.

Adakah anda juga mahu lakukan seperti yang saya lakukan? Go head,teruskan dan buat sehingga dapat hasil yang setimpal dengan usaha anda itu. Banyak lagi sebenarnya perniagaan yang boleh dibuat oleh seorang pelajar asrama. Sama ada hendak mahupun beralasan sahaja. Anda yang bertindak,saya hanya menyampaikan.

Banyak lagi perniagaan bermodalkan RM1 yang boleh pelajar sekolah lakukan. Tidak kira sama ada anda perempuan mahupun lelaki,business is for everyone.Jika saya mahu senaraikan semua perniagaan yang saya lakukan di sekolah dahulu di sini dengan hanya  modal RM1,maka jadi macam karangan penulisan SPM bahagian B la. Nak cerita? Lagi la jenuh.

Saya sudah menyenaraikan perniagaan berorientasikanseorang pelajar di mana modal permulaan adalah relatifnya  kecil dan mampu dilaksanakan oleh seseorang pelajar. Semuanya terkandung dalam ebook di bawah ini. Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Jana Income Ketika Masih Belajar

Saya amat mengesyorkan ebook ini untuk individu yang masih bergelar pelajar sekolah menengah yang mahu berdikari bagi menjana pendapatan sendiri.

Bagaimana pula sekiranya anda seorang pelajar university? Ada juga panduan yang lebih advance untuk anda. Dapatkan di sini.

Usahawan Remaja

Related Posts with Thumbnails
Categories: Business

2 Responses so far.

  1. enez_wardah says:

    em, menarik! ada gak terfikir nk wat cmni time sk dlu
    sbb skolah/ipt=market yg plg mnguntungkn. strategik
    tp sbb dh pgg tggungjwb tlg jual mknan bwh biro persatuan, so untung yg dpt msk dlm akaun persatuan la…anyway, congrats!

  2. faiz sufi says:

    so sekarang dah masuk U la kiranya? U lagi besar pasarannya dan lagi menguntungkan tapi tak semua perniagaan boleh dilaksanakan kerana tidak semua pelajar memerlukannya..lagipun ada macam2 jenis graduan yg pelbagai ragam..kalau di sekolah men,satu ragam dan satu aliran sahaja.


CommentLuv badge
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Teknik Simple Cari D

Entry kali ini saya akan menceritakan tentang rungutan seorang kawan ...

Selepas SPM,Mana Hal

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai ...

Kejayaan aL-Ikhsan

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam ...

Bonus Untuk Prepaid2

Prepaid2u.com melancarkan promosi untuk mendaftar sebarang keahlian bagi individu yang ...

Pelajar Suka Pow Tak

Gimik ajer title di atas tu. Untuk tarik perhatian pelajar-pelajar ...

Sponsors

  • Perniagaan Khusus Untuk Pelajar Sekolah. Download Percuma Di Sini
  • Koman-Koman RM800++ Sebulan Dengan Prepaid. Rahsia ini adalah percuma.Klik Sini.