“ Faiz Sufi,saya tertarik la dengan artikel “Perniagaan RM 1” awak tu. Saya nak juga cari side income ini..tapi saya tak nak yang keluar modal punya. Ada tak??
Saya ini perempuan,bersekolah harian ajer,baru Form 4. Tidak tinggal di asrama dan tinggal di perumahan keluarga TLDM Lumut.Saya bukan tidak mahu yang memerlukan penggunaan modal tapi kalau boleh saya mahu meminimumkan penggunaan duit poket saya.
Tujuan saya nak ada duit sendiri ini disebabkan mahu membeli beberapa aksesori seperti remaja yang lain. Antaranya alat solek,prepaid dan pakaian yang bergaya. Ayah saya seorang tentera laut yang mempunyai tanggungan yang besar,jadi saya tidak mahu menyusahkan dia dengan kerenah saya.
Adakah awak ada idea untuk saya mencari pendapatan sendiri dengan kos yang paling minima? Saya tidak kisah pekerjaan/perniagaan apa pun asalkan halal.”
*****
[Berikut adalah jawapan kepada soalan daripada pembaca blog ini yang menghubungi saya melalui email. Artikel ini telah diolah semula untuk dimuatkan dalam blog ini agar sesuai untuk dibaca oleh pelajar sekolah menengah.]
*****
Suhanna [ nama kucing jiran saya ] ,awak mempunyai niat yang murni untuk mencari sumber pendapatan awak sendiri. Saya suka sikap sebegini. Ia akan mematangkan awak lebih dari rakan –rakan sebaya awak yang lain.
Seperti artikel Perniagaan RM 1,semua perniagaan di dunia ini memerlukan kos. Tidak kira sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ermmm,berdasarkan situasi dan keadaan awak,sebenarnya saya juga tidak tahu untuk mengesyorkan perniagaan apakah untuk awak lakukan.
Jika saya adalah anda…..baca sampai habis.
Perumahan keluarga TLDM Lumut itu merupakan satu kawasan perumahan flat yang besar. Saya pernah ke sana pada waktu kecil dahulu. Jika tidak silap,satu blok flat ada 100 rumah keluarga,dan di sana ada sehingga blok flat L jika tidak salah. Maklumlah sudah lama tidak ke sana. Lebih kurang, 15 blok flat yang terdiri dari 100 rumah keluarga setiap satu. Wah,banyak kan!
Perniagaan yang terlintas di fikiran saya adalah satu perniagaan yang mudah tapi memerlukan pengorbanan yang besar. Dari segi masa dan tenaga. Kalau kena keluar modal ,mungkin RM 1 ajer kot setiap hari. Suhanna,saya harap awak akan bertindak setelah saya penat-penat taip untuk awak idea saya ini.
Saya mengesyorkan anda buat servis perkhidmatan di blok keluarga awak berada.Servis itu adalah; Bagaimana sekiranya awak menjadi seorang pemungut sampah? Tak sanggup? Tadi awak kata asalkan apa sahaja yang halal kan? Saya yakin servis ini akan memberi pulangan busuk-busuk RM 300++ sebulan dengan maksimum waktu kerja 2 jam [saya rasa kurang] setiap hari.
Begini Suhanna,setiap rumah itu pasti mempunyai sampah untuk dibuang.Dan tong sampah besar pula pasti ada di bawah blok yang jauh dan leceh untuk dibuang. Kebiasaannya suri rumah akan menyuruh suami untuk membuangnya pada waktu pagi time nak pergi kerja. Tapi mesti la suami tak mahu sebab dah pakai uniform,kena buang sampah pula. Kotor la uniform kan? Jadi si isteri ini suruh la anak-anak mereka untuk membuang sampah. Tapi anak-anak yang besar dah ke sekolah,kalau anak kecil tak harap pula. Jatuh ke,kena culik ke dan jadi apa-apa ke. Mahu tak mahu,kena la turun sendiri buang sampah. Tapi rumah akan tak berkunci pula,anak-anak kecil merengek nak ikut la,dan nak kena siap itu ini seperti pakai tudung bila nak keluar rumah.
Buang sampah bila pergi pasar? Ada ke orang pergi pasar setiap hari? Jadi perkara ini akan leceh seperti nak kena kunci rumah la,nak bawa anak-anak sekali,nak kena bersiap-siap sikit, hanya untuk buang sampah dan beberapa perkara yang tidak praktikal hanya untuk buang sekilo sampah. Perkara begini pasti akan memberi peluang kepada awak untuk mencari sedikit pendapatan untuk diri awak.
Suhanna,saya mencadangkan awak mengutip sampah dari rumah ke rumah pada sebelah malam setelah awak habis study. Study dahulu baru bekerja. Itu yang penting. Begini caranya. Awak lawat setiap rumah di blok awak tu. Tanya pada suri rumah itu sama ada dia mahu mengambil perkhidmatan awak ataupun tidak. Beritahu padanya yang awak akan memungut sampah pada sebelah malam pada waktu sekian sekian di rumahnya. Syarat yang awak boleh beri untuk memudahkan kerja awak adalah seperti sampah itu diikat kemas,letak di hadapan pintu rumah dan elakkan yang berair. Awak boleh tetapkan sendiri term and conditions.
Oh ya,bagaimana dengan upah? Saya syorkan agar awak tidak mengambil caj yang terlalu tinggi kerana keluarga mereka juga sama seperti anda. Tidak semewah keluarga yang lain. Itu yang awak perlu ingat. Saya syorkan RM 5 sebulan setiap rumah yang hire your job. Alahai sikitnyer….
Pengiraan mudah.
1 blok ada 100 rumah keluarga = 100 rumah
Rumah yang ambil perkhidmatan awak = 64 rumah
Caj satu unit rumah sebulan = RM 5
Total = 64 x RM 5 = RM 320 sebulan!!
Mengapa saya syorkan RM 5 untuk sebulan?? Pasti suri rumah tidak akan berkira untuk membayar RM 5 untuk satu bulan. Amat murah bukan?? Ini bermakna mereka hanya membayar RM0.083 sen sahaja sehari untuk guna perkhidmatan awak. Jika mereka merasakan murah dan mampu membayarnya,sudah pasti mereka akan bayar untuk awak. Jadual memungut sampah pula saya syorkan awak kutip pada sebelah malam hampir pukul 11 malam. Mengapa? Sudah tentu suami tidak akan buang pada waktu pagi, dan anak-anak ke sekolah , dan awak pun sekolah juga pada waktu pagi kan? Pada waktu malam,sampah-sampah dari pagi hingga malam dikumpulkan untuk dibuang pada keesokkan hari,jadi apakata awak suruh suri rumah/jiran-jiran awak meletakkan sampah di luar pada waktu malam . Awak datang dan kutip ajer.
Sila jaga keselamatan awak sekiranya mahu ke tong sampah besar. Jangan bersendirian untuk ke sana. Ambil la adik lelaki sebagai peneman. Beri sedikit saguhati atas kesudiannya menemankan awak. Adakah awak berminat nak buat? Ada satu lagi perniagaan tambahan untuk awak.
Jualkan plastic pembungkus kepada setiap rumah yang memerlukan. Ala,plastic yang buat bungkus ikan di pasar tu. Jual yang warna hitam kepada rumah yang berminat. Untuk kemudahan awak juga kan. Sudah semestinya sampah-sampah akan diisi dalam plastic itu. Ambil untung RM 0.50 pun sudah ok.
Modal yang awak gunakan adalah air liur sahaja kan. Dan tenaga untuk naik lif dan memungut sampah.Modal RM 1.50 untuk beli milo ais di warung bawah. Susah pada permulaan sahaja kerana awak perlu mengayat untuk mencari pelanggan. Bila pelanggan sudah dapat,pasti jiran yang lain akan ikut. Percayalah..
Saya harap awak akan bertindak dengan apa yang saya sampaikan ini. Pesan saya,jangan abaikan pelajaran untuk mencari duit awak sendiri. Saya yakin awak mampu lakukan dalam masa kurang dari 2 jam. Dan jangan tamak untuk bolot kesemua flat A hingga flat L di perumahan keluarga TLDM itu. Awak juga boleh kongsikan idea ini dengan rakan-rakan sekelas yang lain.Dan lakukan di blog flat keluarga masing-masing.
*****
Tamat olahan jawapan kepada Suhanna.
*****
Sebenarnya banyak lagi idea perniagaan yang akan memberi anda income sendiri. Cuma anda yang perlu business minded sikit. Lihat masalah di sekeliling dan cari penyelesaian untuk masalah itu dan ambil untung darinya.
Ebook Hostel Student’s Business-Cheap But Bigger Profit ini adalah tentang penerangan business yang modal hampir menggunakan air liur 100%. Untuk pelajar asrama sahaja. Kalau pelajar harian saya tidak jamin keberkesanannya..














Idea Yang Menarik! ;D
puas juga memikirkan servis untuk pembaca blog faizsufi.com ini..akhirnya dapat sedikit idea yg cambestt..dan Suhanna tu terima. harap2 dapat income seperti yg dia idamkan…
en. faiz sufi idea awak menarik tetapi tidak sesuai utk dilakukan diblok TLDM sebab tempat pembuangan sampah telah didesign dimana x perlu turun ke ground floor utk membuang sampah kerana telah ada disetiap hujung blok tube/piping utk buang sampah.
Idea ini boleh diapply diflat yang tiada kemudahan tube membuang sampah.
tq idea anda amat menarik
(^^)….saya melawat blok TLDM pada suatu ketika kecil dahulu. Seingat saya blok tu masih tiada blok tube tuh.
Ya,benar,idea ini boleh diaplly pada flat yang tiada kemudahan sebegitu.